Thursday, March 15, 2012

Lemon Cupcake

aha! bape ari gua tak update ni woiii...fuhh!fuhh! amek napas..terkudut2 gua nak carik word nak karang mende ni weyhh..erkkk, sebab tadek idea, maka.. gua ingat gua letak resepi lemon cupcake ni jeklaa ye...kehekhek.. langkah bijak selamat ..as a teaser orang kata;p



ni saya amek resepi dari buku "Kompilasi Hidangan Kek" oleh Nor Aini Zakaria terbitan Alaf 21.. jangan terkezut! saya beli tau buku tu... sebenornye, geram betul saya tengok resepi2 kek dalam tu.. belinye dah lama..tapi buatnye baru ni lah.. heheh..ni 1st resepi yang saya cuba.. dan saya sangat sukak! cariklah korang kat kedai2 buku, meh try beramai2 kek2 itu..hehehe..

marilah kite skip bebelan2 yang tak penting ni, kite terus ke resepi lemon cupcake ye:)

Bahan-bahan
- 250gm mentega
- 230gm tepung kek*
- 1 sudu teh serbuk penaik*
- 200gm gula kastor
- 50gm air susu (tadek, saya tak letak)
- 20 pcs cawan kertas
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu teh pes lemon/emulco lemon [saya parut kulit lemon sampai dpt 1 sudu besar & perah air lemon (1 sudu besar)]
- chocolate rice (hiasan)

bahan bertanda (*) - diayak

Buttercream
- 200gm mentega
- 150gm icing sugar

Cara2:-
- Pukul mentega dan gula castor dgn kelajuan sederhana selama 10minit hingga kembang & putih
- Perlahankan kelajuan pengadun & masukkan telur sebiji2 sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan pes lemon (kes saya : guna lemon parut & air lemon) & digaul rata
- Masukkan bahan ayak tadik (*) sedikit2 sambil dikacau berselang-seli dengan air susu.
- Sudukan adunan ke dlm cawan kertas. Isi 3/4 penuh. Masukkan kek ke dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 180c. Bakar 25-30minit (saya bakar 160, 20minit..depends on oven.. ovenku kecik cinonit saje)
- Keluarkan dari oven & sejukkan. Hiaskan dengan buttercream & choc rice..

dan hasil hiasan saya yang sangat buruk seperti ulau melingkau atas pagau..beginilah rupenye.. psst...tolong jgn gelak:)



actually, kek ni saya bake masa kawan saya, cik puan yatie-j nak datang umah..die cakap sedap.. nak jaga hati atau betul2 sedap tak taulah..hahah... saya bawak jugak seketul dua ke ofis, budak ofis cakap sedap jugak..iyolah tu korang;p.. anak2 suka kek ni, adunan kat atas tu saya dapat 21 small sized cups..sekejapan jek abis dibedal dek anak2..elehhhh...berani cakap tak sedap??? menderhaka pada mem tu namanye..kahkahakahk...

terima kasih puan nor aini zakaria yang berkongsi resepi kek ni..memang sedappppp (eh puji kek sendirik nampak)..cubalah korang:)

Wednesday, March 7, 2012

nanti ye..

I'm in the middle of the busiest stage in my life..x nyompek2 den nak bukak blog, bukak twitter pn mcm beskut..now u see, now u don't..fb toksah ckplah..mende penting jek den layan..lain2, tolak tepi..


Byk bonar nak bercito..nanti2laa ye, den bukak cito..arghh!tergeliat lidah den nk cakap org nogori ni..eh den ado darah nogori ni..arwah atuk den org rombau sinun..ok laa tu...ni mmg tgh bz godang ni..sajo lah yo den nk ckp, den rinduuuuu..;p


Akhir kato..kenang daku dlm doamu yo!:)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 28, 2012

Stop Lynas!

ok..straight to the point ye..i've decided to raise this issue bukan sebab aku against govt, pro-pembangkang nor sebab aku org pahang ye.. truthfully, i'm soooo not into politics ..i'm raising this issue as i could see people who god damn against almost 15,000 malaysians yang berkumpul tanda protes projek Lynas di Kuantan recently most likely telah mencampur adukkan isu politik dlm isu ni.. u knowlah kan, yang against this project mostly come from opposition..so ramai sangat yang bersuara marahkan depa ni bukannya sebab "isu penting" pasal Lynas itself tapi lebih kepada pro-govt!



i'm not going to talk about sape betul sapa salah.. tapi aku wonder, orang yang dok marah sana sini pasal org buat demonstrasi protes kat kuantan tu faham ke dak isu anti-Lynas ni???.. .frankly speaking, saya tak penah amek tau pun pasal Lynas ni walaupun saya orang kuantan..orang dok cakap sana sini, kuar kat paper besar2 alam pun saya tak amek pot! but, few days ago, somebody tweet about this thing & i think it's worth reading man:)..

erkk..1st of all, korang tau tak pasal isu Lynas ni? ni pasal pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd, a subsidiary of Lynas Corporation Ltd, a multi- national, public listed company registered with the Australian Stock Exchange.

so.. here is a good review by a blogger - ariffshah and u guys should read the whole article about it tau!:) ni saya buat link pasal writing die tu di SINI

main issue yang saya amek sikit2 nak share dengan you all are (erkk..rase macam sume isu penting ni) :-

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.


Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:

Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.

Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibuka adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.

Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?

Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.

Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.


Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):

Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.



Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.



Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.



Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.



Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.



good job Bro Ariffshah!




*all image googled*



skang, nampak kan kenapa ramai orang against this thing? it's not the whole thing about politics.. i wonder, kenapa makin tua bumi ni, makin rakus orang nak buat itu ini??..come on lah! dalam FB, dalam blog ramai dok post here & there pasal bumi yang dah makin "nazak", pollution this & that, sosial problem, dunia akhir zaman etc etc.. but still, pasal "money" jek orang dah tolak tepi isu2 kemanusiaan macam ni..memanglah keuntungan dari projek ni akan meng"kaya"kan lagi negara kita & so-called menyenangkan generasi akan datang tapi PLEASE lah re-consider "jangka hayat" anak2 / cucu cicit kita..things can happen kan?! so, aku sudah tentulah anti-Lynas! *titik*

Monday, February 27, 2012

pemberian blogger

hok ni memang berkurunnnnnnnnn lama yo! ampunkan saya penunggu gua ...lambat giler saya nak up..uwaaaa! bad me...

bile ye saya dapat ni? aramak..tahun lepas laa yang pastinye..tapi saya lupa bile..maaf ye, maklumlah tahun lepas berperang dengan sakit kan.. banyak mende saya nak cite dlm blog tapi tak tercite.. huhuu



ini dari suzi yang baik hati:) pemberian dari bandung gitu..eh bandung kan suzi? terima kasih banyak2..terkezut gua, tetibe dapat FM & duit tu..hehehe...

hah! yang ni pulak yang latest...dari kak unai kesayangan saya tu.. kopi yik mun! perghhh...arjoo memang suka kopi-kopi nih..memang tak expect k.unai teringat kat kami2 ni..heheh..



pekena dengan cookies buatan sendirik...ngeeeee;D memang mantoppsss...hehehe



sedap wok! hehehe..terima kasih banyak2 sis...muahssssss

~mode : terharu~

Friday, February 24, 2012

HIS good plan..subhanallah:)

this is just a small thing which pada setengah orang, tak heran pun.. tapi saya tetap rasa something "nice" about it;)

saya baru perasan..hari ayah saya daftarkan kelahiran saya adalah bersamaan dengan birth date arjoo, encik suami saya skang:) of coz laa tahun berbeza, umur die dah 5 tahun pun masa saya lahir tu, dah abis hingus nak gi sekolah dah, baru saya lahir..



isn't it nice? ok..gua jeklaa feeling best..hahahaha!

tengok nama mak gua? legend tau..lu jangan memain;p

nota kaki siput : aramak! ade org wish bday arjoo.. bukan today guys.. silap..silap.. deng! gua patut bulatkan tarikh pendaftaran kelahiran tu tapi sebab tahap pengetahun IT terror sangat, tu yg tak reti bulatkan tu..kekekke... actually gua nak ckp gini:-

gua lahir 16/7/1978
tapi bapak gua daftarkan kelahiran gua kat balai polis pada 22/7/1978 (org dulu2 kan daftar kat balai polis jek)
22/7/1978 adalah hari jadi arjoo yg ke-5

macam dah plan jek dari kecik..nanti ko kawen dgn org lahir 22/7 ye maya!...kehkehekhe sengal! *kan tadik gua ckp, gua jek yang fe-feeling best;p*

Thursday, February 23, 2012

airell & his new bike

die tadek basikal actually...
die guna yang abg punye yang lama.. (standard anak ke-2..kene mewarisi harta abg/kakak di atasnya)

satu hari, pedal basikal tu hilang..hilang yo! geram betul aku..pedal buruk gitu pun kene rembat..(FYI, basikal kecik danial tu dah berusia 6 tahun & sangatttttlaaa jarang guna, sampai dah berkarat2..mende kecik kat beskal tu pun org sapu jugak..mesti nak buat ganti pedal beskal die tu..rase nak potong jek tangan sape gatal amek..grrr)

maka pada 1 hari yang indah, die telah mengecek2 mamanye dengan penuh sopan santun, nak basikal baru..
mamanya lantas kesian sebab abg dapat main basikal tapi adik takkan tengok jek..tak patut..tak patut..
maka, mamanye mengusulkan pada si ayah pula (dengan nada manja tak boleh blah)

tapi sebab hari tu hari cuti umum Tahun Baru Cina, maka kedai basikal apek yang kami selalu pegi tu tutup! (baru sekali pegi jek kot maya..tipu tul selalu pulak..heheh)..
bile kedai tu tutup..si kecik tu tak sanggup nak tunggu
mesti apek nak raya seminggu..

si kecik jadik tak sabar..
terpaksa mama & ayahnye beli basikal kat giant jek..

nah! bergumbiralah wahai anak..:D



papaku pulang dari kota
papaku belikan basikal
basikal kecil warna merah
boleh ku bawa ke sekolah (eh! mana boleh.. main jek kat umah ni aaa);p

Wednesday, February 22, 2012

Chocolate Chips & Fruits Cookies

pestime saya nak buat cookies bagai ni aa.. tertarik betul tengok kat blog ana bakawali cookies yang lajat & sekejap jek licin tu.. hehehe.. pastu, saya mintak resepinye.. ingat die nak letak dlm blog, rupenye die email saya personally.. baik kan? terharu saya *lap airmata*:)



teruja betul nak try, tak sesabo tunggu weekend..bile sabtu "ketuk pintu hatiku", ape lagik...terus uli tepung..acheewaahh! aku copy paste jeklaa resepi ana ni..:)

Bahan-bahannya:

300 gm tepung gandum.*
1 tsp Soda bikarbonat.*
2 tbsp serbuk koko.*
1/2 tsp garam.*
1 biji telur -pukul dengan garfu sekejap.
100 gm gula perang.(manis kurang, saya tambah sket gula kastor.. tapi kurang manis gak..tapi takpelah, tak baik2 manis..ayat sedap hati)
250 gm butter.
100 gm badam-cincang (saya letak)
100 gm raisin/sultanas-cincang. (saya letak sultanas...laaa cincang rupenye, saya tak cincang pun..hehehe)
1/2 tsp vanilla. (erkkk...saya bantai letak vanilla esen jek)
200 gm choc chips.
2 tbsp lemak sayuran (Shortening) (yilek! tak letak)
100 gm cornflakes-hancurkan kasar. (saya letak & ini laa yang buat crunchy)


Cara-caranya:

Panaskan oven 170'C.
Ayak bahan-bahan bertanda *
Masukkan kekacang dan buah buahan kering kedalam tepung yang di ayak tadi,
Krim butter,gula dan lelemak sayur hingga kental.
Masukkan vanilla.
Masukkan bahan-bahan kering tadi.
Gaul hingga rata.
Sudukan mengikut saiz yang di kehendaki.
Bakar selama lebih kurang 15 minit.

senang gila kot! hahahah..berlagak...hakhakptuiiii;)



silah cuba fuan2 & tuan2..pekena dengan kopi o..perghh! hah..kopi o tu spesel tau..dari seorang blogger kesayangan saya..nanti saya upkan entry utknye..tungguuuu:)



jemput (tengok);)