
i'm not going to talk about sape betul sapa salah.. tapi aku wonder, orang yang dok marah sana sini pasal org buat demonstrasi protes kat kuantan tu faham ke dak isu anti-Lynas ni???.. .frankly speaking, saya tak penah amek tau pun pasal Lynas ni walaupun saya orang kuantan..orang dok cakap sana sini, kuar kat paper besar2 alam pun saya tak amek pot! but, few days ago, somebody tweet about this thing & i think it's worth reading man:)..
erkk..1st of all, korang tau tak pasal isu Lynas ni? ni pasal pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd, a subsidiary of Lynas Corporation Ltd, a multi- national, public listed company registered with the Australian Stock Exchange.
so.. here is a good review by a blogger - ariffshah and u guys should read the whole article about it tau!:) ni saya buat link pasal writing die tu di SINI
main issue yang saya amek sikit2 nak share dengan you all are (erkk..rase macam sume isu penting ni) :-
Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.
Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.
Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.
TETAPI
Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:
Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibuka adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):
Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.
Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:
Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
good job Bro Ariffshah!
*all image googled*
skang, nampak kan kenapa ramai orang against this thing? it's not the whole thing about politics.. i wonder, kenapa makin tua bumi ni, makin rakus orang nak buat itu ini??..come on lah! dalam FB, dalam blog ramai dok post here & there pasal bumi yang dah makin "nazak", pollution this & that, sosial problem, dunia akhir zaman etc etc.. but still, pasal "money" jek orang dah tolak tepi isu2 kemanusiaan macam ni..memanglah keuntungan dari projek ni akan meng"kaya"kan lagi negara kita & so-called menyenangkan generasi akan datang tapi PLEASE lah re-consider "jangka hayat" anak2 / cucu cicit kita..things can happen kan?! so, aku sudah tentulah anti-Lynas! *titik*

13 comments:
thnkz for this info kak, kalo bca n/paper kerajaan sumenye mnyokong lynas.
thanks for sharing such a good info..
aku pon bukan nak anti gov sangat tp aku tak tahulah pemimpin kita ni sekarang ni macam xde otak bila buat keputusan..fikirlah nasib anak cucu sket..sigh!
bila dah didedahkan gini...
dipikirkan balik...
naperlah kerajaan tutup mata utk benda2 crucial kan...
tapi skarang nie...
semuanya nak dipolitikan...
jgn terkezut satu hari citer kucing beranak pun leh dipolitikan :D
Lama dah kakak tak setuju projek ini. Kakak mengikuti dari mula lagi sebab itulah perbandingan dah dibuat dgn negara luar. Kalau Jerman yg lebih dulu pandai soal radioaktif pun membatalkan projek mereka mengapa kita macam nak tunjuk berani?
Macamlah nyawa ni boleh dibeli. Atau kecacatan tu perkara biasa. Entahlah suara rakyat bagai tidak didengari pun...
byk info yg dpt today..napalah dorang tk pkr dalam2..bnda yg dah terang n nyata tapi diputar belitkan..
mgkin ada kepentingan di mana2 oleh individu tertentu..wallahualam
bila terlalu mengejar RM inilah jadinya..sampai da tak tau nak menilai. benda yg dah terang terangan lebih banyak BURUK daripada baiknya pun, nak buat jugak..GRRRRR..
dan yg menanggung 'kesakitan' adalah rakyat... sy pun sokong projek lynas nih diberhentikan.. biar tak kaya agar keturunan kita masih segar bugar.. kesihatan tak boleh nak dibayar.. lg2 kecantikan semulajadi..
hamba duit.. sadness.. tskkk~!
oo gtu kesahnya..haruslah kita marah klo cmtu kan!
:) masih cuba memahami hehe
sedang kan jepun yg berteknology tinggi pun, musibah tak dah nak atasi.. Ini kan Malaysia. Ini sepatutnya bukan dipolitik kan.. Ini issue rakyat. Rakyat harus bukak bijik mata..Ini soal generation kita nanti..
huuhh akak pun berapi gak ni..
setuju dengan Maya!!!!Lama dah x setuju dgn projek ni juga. Kawasan gebeng tu dah byk dah pollution.
Australia pun bijak..nak buat kat negara dia nanti rakyat dia melenting..rakyat malaysia yg jadi mangsa.
salam sejahtera,tumpang tanya..kesihatan tulang belakang akak dah ok ke? saya sebenarnya nak baut suntikan radiofrekuansi bulan 4 ni dengan dr nizar..
tumpang tanya tq.
Post a Comment